Lagi penunggang motosikal maut langgar jalan berlubang

Lagi penunggang motosikal maut langgar jalan berlubang

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas melanggar lubang di Jalan Tengah menghala Mid Valley semalam, hari ini seorang penghantar makanan pula kehilangan nyawa membabitkan kejadian sama.

Dalam kejadian pukul 1.15 petang di persimpangan Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC135 itu disahkan maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang beralamat di Kampung Chempaka, Petaling Jaya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan melalui Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara menghampiri lampu isyarat simpang tiga.

“Mangsa yang melalui tempat kejadian telah terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nik Ezanee, proses bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan Covid-19 di Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, seorang warga emas berusia 75 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke pusat beli-belah Mid Valley pada pukul 7.30 pagi.

Kejadian tersebut turut ditularkan dalam video berdurasi 44 saat oleh pemilik akaun Twitter @zack_rockstar.

Dalam rakaman video tersebut, perakam video turut menggesa pihak berwajib yang menguruskan infrastruktur jalan raya mengambil tahu keadaan jalan raya kerana kali ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Sekarang dah 2021. Sudah banyak kali berlaku kemalangan di sini, tapi hari ini melibatkan nyawa. Kita rider bukan minta jalan yang bersih tapi harap jalan yang rata supaya tak datangkan bahaya kepada kami,” kata perakam video itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.