JPJ umum 4 inisiatif bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

JPJ umum 4 inisiatif bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan empat inisiatif khas bagi bantu mereka yang terkesan akibat bencana alam termasuk banjir ketika ini.

Antara langkah dilaksanakan ialah penggantian percuma bagi mangsa yang mengalami kehilangan atau kerosakan dokumen penting JPJ berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 April ini.

Ini termasuk bagi mendapatkan balik gantian dokumen baharu Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang rosak teruk.

“Pemilik hendaklah datang sendiri, namun, jika dokumen itu musnah atau hilang, mereka perlu buat laporan polis dan mengemukakannya sebagai bukti,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Inisiatif seterusnya ialah penempatan unit bergerak JPJ di kawasan terpilih khasnya di Pusat Pemindahan Sementara untuk penduduk mendapat perkhidmatan lebih dekat dan selamat.

JPJ turut menjalankan inisiatif kelonggaran penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian atau perdagangan yang terlibat dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan bantuan.

“Pendekatan ini seiring dengan situasi bencana untuk menolong mangsa di pusat pemindahan atau bilik gerakan banjir sehingga situasi tersebut reda atau terkawal,” jelas kenyataan itu.

JPJ di seluruh negara telah diarahkan untuk melaporkan kesiapsiagaan dalam hulur bantuan berbentuk tenaga atau sumber manusia selain gerakan aset kenderaannya.

JPJ ujar kenyataan itu, amat prihatin terhadap masyarakat yang terkesan dengan bencana melanda beberapa negeri dan seterusnya menerima impak ketara kesengsaraan ekonomi.

“Pihak JPJ dan warga kerjanya turut mendoakan agar semua mangsa banjir dapat diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan seharian,” tambah kenyataan agensi itu lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya