Jalan rosak: Adakah syarikat pemaju kebal? - Utusan Malaysia

Jalan rosak: Adakah syarikat pemaju kebal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kerja Raya perlu bertegas dan mengambil tindakan keras terhadap syarikat pemaju atau penyelenggaran utiliti yang dikenal pasti menjadi salah satu punca kerosakan jalan di negara ini.

Pengasas Ikatan Silaturahim Bro­therhood, Azlan Sani Za­­wawi berkata, apa yang menimbulkan persoalan, PBT dan kerajaan dilihat seolah-olah gentar dan tidak mempunyai kuasa untuk me­ngenakan tindakan kepada mereka.

Malah beliau mendakwa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini telah pun mengeluarkan pekeliling untuk mengenakan denda kepada mana-mana syarikat dikenal pasti tahun lalu.

“Tapi saya difahamkan sehingga kini tiada satu pun syarikat yang dikenakan tindakan. Ini menimbulkan persoalan sedangkan banyak kenderaan berat milik syarikat yang menjadi penyumbang kepada kerosakan.

“Jadi, adakah mereka kebal daripada tindakan undang-undang? Di Jalan Chan Sow Lin contohnya ada lebih 10 syarikat kuari dan ia menjadi laluan utama lori di situ. Tidak hairanlah jalan t­eruk. Namun berapa banyak yang dikena tindakan?” Soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya melanggar lubang dalam kejadian di Seri Cheeding, Banting.

Selain itu, beberapa kes kemalangan yang dikaitkan dengan kerosakan jalan turut dikesan terutama membabitkan penunggang motosikal.

Malah, jalan raya utama di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menempatkan ba­nyak pejabat kedutaan asing turut berdepan masalah sama dan menjejaskan imej ibu negara.

Dalam pada itu, Azlan Sani yang turut dikenali sebagai Lando Zawawi berkata, adalah perlu bagi Kementerian Kerja Raya mempunyai ‘pendapatan’ sendiri untuk membaiki kerosakan jalan raya.

“Saya difahamkan Kementerian Kerja Raya perlu menunggu peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk kerja-kerja membaiki jalan raya ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya