Hanya harga diri sahaja jadi ubat kepada kes rasuah

Harga diri sahaja ubat rasuah

KASITAH GADDAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kenapa orang kita terlampau banyak terlibat dengan rasuah?

Adakah kerana sebahagian besar penjawat awamnya Melayu, penguat kuasanya Melayu, ia bukan sesuatu menghairankan? Ini harus dijawab, tapi tak terjawab. Kelak selama-lamalah Melayu diseret dari peringkat tinggi sampai ke bawah.

Dalam undang-undang, orang memberi pun harus di­seret. Tetapi di negara ini yang memberi tidak diperhitungkan. Padahal ini hanya melibatkan isu undang-undang sahaja atau rule of law yang disebut berulang kali sejak kerajaan yang lepas lagi, tetapi mencabar teras ketamadunan Malaysia itu sendiri.

Rasuah merosakkan reputasi diri – walaupun di kemudian hari tak ketahuan dilepaskan dari tuduhan itu.

Contoh klasik bagaimana pada 12 Februari 2004, kira-kira lima minggu sebelum pilihan raya umum, Tan Sri Kasitah Gaddam yang ketika itu Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi didakwa atas tuduhan amalan rasuah. Dakwaan berkaitan peng­agihan saham yang dikatakan berlaku kira-kira enam tahun sebelum itu.

Beberapa hari sebelum pen­dakwaan, Kasitah sedang me­nikmati makan tengah hari bersama Perdana Menteri (waktu itu), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota-anggota Kabinet di atas bot berkanopi yang sedang berlayar tenang di sekitar tasik Putrajaya. Sambil menikmati ikan salmon salai dan daging lembu dan kam­bing yang dimasak enak, Kasitah tidak menduga itu kali terakhir saat-saat cerianya bersama rakan-rakan Kabinet.

Ketika didakwa, Kasitah masih terpinga-pinga. Beliau dikatakan mengeluh ekoran tiada seorang pun dari sistem memberi amaran awal berkenaan pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Ini berbeza dengan seorang bekas menteri ketika ditangkap di rumahnya di Petaling Jaya pada 1982 atas tuduhan membunuh, perkara itu telah disampaikan kepadanya. Semasa ketibaan polis, beliau sudahpun bersedia.

Bagaimanapun Kasitah setelah melalui tempoh perbicaraan panjang, pada 12 Ogos 2009, beliau telah dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah tinggi daripada tuduhan rasuah dan melakukan penipuan, hampir 13 tahun sebelum itu.

MOHAMMAD KHIR TOYO

Gejala ini turut memalit Dr. Mohamad Khir Toyo. Selepas enam bulan menjalani hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa, bekas Menteri Besar Sela­ngor itu dibebaskan dari penjara pada 29 Mac 2016 selepas mendapat kelulusan permohonan parol.

Mohamad Khir sebelum itu merayu agar hukuman penjara digantikan dengan khidmat masyarakat iaitu rawatan pergigian percuma kepada golo­ngan miskin selama dua tahun. Dan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang me­ngarahkan hak perayu ke atas banglo itu dilucutkan dan dise­rahkan kepada kerajaan.

“Saya masuk penjara dulu sebagai doktor gigi untuk khidmat pergigian kepada banduan di sana. Pusingan kedua, saya pula masuk sebagai banduan… dan tengok macam mana bertukar 360 darjah,” katanya.

Dalam penjara, Mohamad Khir sedih melihat banduan yang tidak dikunjungi ahli keluarga sepanjang tempoh 10 tahun.

“Bila lawatan tak dibuat, nak tukar baju pun tak ada. Nak beli sabun pun susah,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas dibebaskan di Pejabat Parol Daerah Klang.

Itulah lumrah mereka di penjara, lebih-lebih lagi mereka yang dulunya amat dihormati dalam masyarakat, tetapi imej rosak dek penangan rasuah.

Saya pernah berpeluang bercakap dengan seorang bekas Majistret Kuala Krai, Kelantan, Mohd. Firdaus Ramlan yang pernah dipenjarakan selama tiga tahun serta didenda RM40,000 kerana bahana ra­suah.

Mohd. Firdaus yang ketika itu berumur 28 tahun dituduh meminta dan menerima suapan sebanyak RM8,000 bagi membantu seorang bekas penagih dadah.

Berkongsi keperitan di sebalik tirai besi, beliau yang dalam usia 30-an dan pernah berge­rak sebagai penceramah bebas memberitahu:

“Saya kemudian jalani hukuman penjara selama setahun, tujuh bulan, empat hari dan 10 jam sebelum dibebaskan di bawah parol pada 27 Mei 2014.

“Dahsyat pengalaman saya dalam penjara…duduk pandang tembok sementara keluarga menghadap masyarakat. Waktu itu (lakukan kesalahan) saya masih muda, hanya fikir RM.

“Nasihat saya jangan start pun (rasuah) walau dengan jumlah yang sikit.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya