Guru wanita rugi RM27,550 gara-gara dedah TAC - Utusan Malaysia

Guru wanita rugi RM27,550 gara-gara dedah TAC

MOHD. WAZIR MOHD.. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara mendedahkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan secara dalam talian kepada sindiket Macau Scam, seorang guru wanita rugi RM27,550.

Semuanya berlaku selepas mangsa dihubungi suspek yang menyamar anggota polis pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, semasa di tempat kerja, mangsa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang.

“Suspek beritahu mangsa ada akaun bank yang digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek meminta guru wanita itu menyerahkan nombor TAC sebelum menamatkan perbualan telefon.

Mangsa membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya