Dobi layan diri dibenar beroperasi bersyarat - Utusan Malaysia

Dobi layan diri dibenar beroperasi bersyarat

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi dengan syarat pemilik kedai itu meletakkan seorang pekerja untuk mengawal dan mengawasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pelanggan mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kebenaran itu diberikan sebagai mendengar keluhan rakyat terutama golongan bujang untuk menggunakan perkhidmatan itu apatah lagi pada musim hujan ketika ini.

Beliau berkata, waktu operasi yang dibenarkan adalah sama seperti premis-premis lain yang dibenarkan beroperasi iaitu dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

“Sebelum ini kedai dobi biasa dibenarkan beroperasi kerana dobi layan diri tidak ada siapa yang boleh memantau SOP dan pelanggan bebas berada dalam kedai tersebut tanpa pengawasan.

“Namun kita meneliti keluhan rakyat ini dan bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi dengan syarat ada pekerja memantau SOP penjarakan sosial dan premis diletakkan keperluan merekod butiran diri seperti pemeriksaan suhu badan dan cecair nyahkuman

“Bagaimanapun jika didapati ada pelanggaran syarat kebenaran itu, pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan menutup premis tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, aktiviti beriadah seperti joging dan berbasikal hanya dibenarkan terhad dua orang sahaja dalam satu rumah di kawasan taman kejiranan dan bukan di taman-taman awam.

Ini kerana katanya, taman-taman awam ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

“Kita menerima aduan bahawa berlaku kesesakan di taman-taman awam di kawasan PKP. Sebenarnya taman-taman awam ditutup dalam kawasan PKP dan tidak dibenarkan sebarang aktiiti sukan atau riadah.

” Jadi kita minta orang ramai jangan berbuat demikian di taman awam kerana dibimbangi dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.