Dah lama tak jenguk ibu bapa di kampung - Dr. Anantha Kumar - Utusan Malaysia

Dah lama tak jenguk ibu bapa di kampung – Dr. Anantha Kumar

KERJAYA sebagai doktor memerlukan komitmen yang tinggi, cekap dan teliti yang hanya boleh dicapai menerusi pengalaman bekerja dan peningkatan latihan dan akademik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kerana tugasnya di barisan hadapan bagi menangani Covid-19, seorang doktor di Hospital Teluk Intan di sini hanya mampu menahan kerinduan terhadap keluarganya di kampung yang sudah lama tidak dilawatinya.

Dr. Anantha Kumar Rajendran, 31, mengakui berbelah bahagi untuk menjenguk ibu bapanya di Taiping, bukan kerana disebabkan kesibukan tugasnya tetapi beliau bimbang mereka mungkin dijangkiti virus itu.

“Dekat setahun tidak balik sebab takut saya bawa penyakit kepada ibu bapa, mereka warga emas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurtnya, sebagai doktor yang terlibat secara langsung dengan kes-kes Covid-19, petugas kesihatan sepertinya tetap berisiko dijangkiti wabak berkenaan walaupun lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

“Walaupun kita mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama memakai PPE, risiko dijangkiti tetap ada,” katanya.

Menurutnya, pertambahan kes Covid-19 kadangkala menyebabkan petugas kesihatan sepertinya berasa tertekan.

Malah, katanya, peluang untuk melakukan aktiviti rekreasi juga sudah tidak dapat dilakukan lagi disebabkan pertambahan kes wabak berkenaan.

“Kami pun ada keluarga, ada tekanan minda jika kes terus bertambah. Kami pun kena ada aktiviti rekreasi, dah lama kami tak ada benda ni,” ujarnya.

Menurutnya, kes positif akan berkurangan sekiranya masyarakat mengikuti SOP yang sepatutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN