Ahli politik ditahan disyaki edar dadah - Utusan Malaysia

Ahli politik ditahan disyaki edar dadah

SAIFUL AZLY KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kegiatan seorang ahli politik terlibat dalam pengedaran dadah terbongkar selepas dia ditahan selepas disyaki memiliki dan mengedar dadah jenis cecair ketamin di Fraser Business Park, Pudu, dekat sini, kelmarin.

Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 1.45 petang.

Turut ditahan iaitu isteri pemimpin parti politik tersebut berusia 34 tahun dan pembantu rumahnya warga Filipina.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan penahanan itu.

Kata beliau, suspek ditahan selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan bungkusan putih tertera logo sebuah syarikat penghantaran barang yang mengandungi cecair disyaki dadah ketamin dianggarkan seberat 400 mililiter (ml).

“Susulan soal siasat ke atasnya, satu serbuan dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Duta Suria 8, Ampang, kira-kira pukul 7.30 petang hari yang sama sehingga membawa kepada penemuan sejumlah lagi dadah,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Saiful Azly, dadah yang ditemukan di kediaman ahli politik berkenaan terdiri sembilan batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja dianggar bernilai RM3,000 serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC yang dianggar bernilai RM53,100.

“Difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja dan ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 sebotol.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Januari ini, manakala isteri dan pembantu rumah mereka direman di Mahkamah Ampang,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya