8 individu dikenakan kompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

8 individu dikenakan kompaun langgar SOP

AHMAD Shukri Mat Akhir memeriksa surat kebemaran rentas daerah seorang penumpang feri ketika memantau pematuhan SOP di Terminal Feri Kuala Kedah, Alor Setar hari ini. UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai lapan individu dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini pada semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, empat individu terbabit dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam di sekitar bandar ini semalam.

Menurutnya, mereka yang dikompaun atas kesalahan tersebut didapati degil tidak memakai
pelitup muka walaupun menyedari kehadiran anggota pasukan pemantau SOP yang beruniform.

Katanya, empat lagi individu dikompaun selepas gagal menunjukkan surat kebenaran rentas daerah ketika diperiksa oleh pasukan pemantau SOP di Jalan Gunung Keriang di sini hari ini.

“Dua individu yang dikompaun itu menaiki sebuah kereta dan dua lagi individu menunggang motosikal secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memantau pematuhan SOP di Terminal Feri Kuala Kedah di sini hari ini.

Mereka terlibat dikenakan kompaun RM1,000 seorang.

Selain itu, Ahmad Shukri berkata, sebanyak 36 kenderaan telah diarahkan patah balik selepas didapati tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk merentas daerah ketika diperiksa di sekatan jalan raya (SJR).

“Pada hari ini pula sebanyak 32 kenderaan juga telah diarahkan patah balik selepas diperiksa di SJR.

“Terdapat lima SJR diadakan di sekitar daerah ini pada pelaksanaan PKP ini,” katanya.

Beliau menambah, orang ramai juga diingatkan supaya tidak menggunakan semula surat kebenaran rentas daerah sebelum ini untuk mengaburi mata pihak berkuasa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya