4,313 kes sembuh, 4,275 kes positif - Utusan Malaysia

4,313 kes sembuh, 4,275 kes positif

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh sepenuhnya Covid-19 tertinggi iaitu 4,313 kes, hari ini, sejak wabak terbabit melanda negara ini.

Bagaimanapun bagi kes positif pula, Malaysia kembali merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 4,000 kes iaitu 4,275 kes dengan jumlah keseluruhan 180,455 kes.

Turut direkodkan ialah tujuh kematian manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,769 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 260 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor menjadi negeri paling banyak kes positif iaitu 1,421 kes diikuti Kuala Lumpur, 548 kes; Sabah, 498 kes; Johor, 425 kes; Melaka, 278 kes; Perak, 208 kes; Sarawak, 193 kes; Pulau Pinang, 162 kes; Terengganu, 131 kes; Negeri Sembilan, 108 kes dan Kedah, 105 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kelantan, 78 kes; Pahang, 75 kes; Putrajaya, 35 kes; Perlis, tujuh kes dan Labuan, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya