PUTRAJAYA: Memeranjatkan! Sebanyak 259,131 kes kehilangan kad pengenalan (MyKad) direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tahun lalu. Situasi itu menimbulkan tanda tanya bagaimana dokumen terpenting rakyat Malaysia itu boleh ‘dihilangkan’ dalam simpanan masing-masing. Apatah lagi, sepanjang tahun lalu negara berdepan dengan pandemik Covid-19 dengan kebanyakan orang ‘terkurung’ di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada kes yang dilaporkan,…