Seramai 1010 terjejas banjir di Perak setakat pukul 4 petang

1,010 terjejas banjir di Perak

ANGGOTA APM membantu petugas Klinik Kesihatan Chikus memindahkan fail dan peralatan perubatan ke tempat selamat berikutan banjir di kawasan berkenaan di Teluk Intan, Perak hari ini. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di negeri ini meningkat daripada 615 orang pagi tadi kepada 1,010 sehingga pukul 4 petang ini.

Kesemua mangsa dari 263 buah keluarga kini ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Slim mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 458 penduduk daripada 109 keluarga yang dipindahkan di empat PPS selepas rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, tiga buah kampung di Slim River terlibat banjir dengan Kampung Balun merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 293 orang manakala Kampung Slim Village dan Kampung Kuala Slim dengan 87 dan 78 penduduk.

Katanya, empat buah PPS dibuka sejak semalam iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun, SK Kuala Slim, Sekolah Agama Slim Village dan Pejabat Kemas.

“Banjir kilat yang melanda empat daerah itu mengakibatkan 1,010 penduduk terjejas di mana Slim merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, di daerah Kampar, tiga buah kampung terjejas melibatkan 60 penduduk iaitu di Kampung Batu 20, Kampung Jeram dan Kampung Singh, Gopeng.

Katanya, kesemua mereka dipindahkan di tiga PPS yang dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20, Dewan Serbaguna Datuk Azman Mahalan, Kuala Dipang dan Dewan Bandaran Gopeng.

“Di Hilir Perak pula, seramai 442 penduduk terlibat banjir melibatkan 12 buah kampung dengan lima PPS dibuka di Dewan Tanjung Keramat, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Dewan MPTI Langkap, Dewan Serbaguna Chikus dan SK Sri Langkap.

“Daerah Sungai Siput turut terjejas membabitkan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tok Sirat apabila seramai 51 penduduk ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya