Warga Myanmar ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Warga Myanmar ditemukan lemas

SEORANG lelaki warga Myammar ditemukan mati lemas di Sungai Padang Malau, Beseri, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seorang lelaki warga Myammar ditemukan lemas di Sungai Padang Malau, Beseri, dekat sini semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar menerima panggilan mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 8.49 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama 11 anggota.

Mayat mangsa, Naung Ngo, 30, dibawa naik oleh bomba kira-kira pukul 9.24 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Saifudin Aslin Abbas berkata, pihak hospital telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan doktor telah mengesahkan bahawa mangsa mati kerana lemas.

“Siasatan juga mendapati mangsa mempunyai sawan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN