Wanita berani, hilang kerja bukan penghalang berjaya - Utusan Malaysia

Wanita berani, hilang kerja bukan penghalang berjaya

MAZZATON Miza Wahab bersama keluarganya pada tahun 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WANITA era ini, perlu kuat mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Paling penting, wanita hari ini seharusnya menjadi lebih berani melangkah keluar daripada zon selesa untuk mencuba perkara baharu dan sentiasa yakin diri.

Atas dasar itu, MAGGI® menganjurkan Program Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® bagi menggalakkan wanita supaya sentiasa maju ke hadapan.

Bengkel berkenaan memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI®.

Sepanjang bengkel tiga hari itu, peserta diajar kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi pengetahuan serta keyakinan mereka.

Seorang suri rumah dari Seri Manjung, Perak, Mazzaton Miza Wahab, 42, antara salah seorang wanita yang telah membuktikan betapa beraninya wanita dalam mencuba sesuatu yang baru.

“Bengkel ini bukan sahaja memberi impak kepada kehidupan dan insan tersayang malah seluruh masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Menurut Mazzaton Miza, dia mula menyertai bengkel online tersebut setelah mendapat dorongan daripada anak sulungnya yang tidak jemu menyokongnya dalam apa jua keadaan.

“Dan disebabkan oleh semangat yang ditunjukkan Datin Paduka Eina Azman, walaupun tak pandai masak namun beliau tidak pernah putus asa dan itulah salah satu inspirasi buat saya,” katanya.

Mazzaton Miza yang dahulunya bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi telah diberhentikan kerja sejak April lalu, namun itu tidak menjatuhkan semangatnya meneruskan kehidupan bergelar seorang suri rumah.

Ibu kepada dua orang anak itu berhasrat agar tahun 2021 dapat memberikan sinar baharu buat dirinya dan keluarga yang sentiasa bersama dalam keadaan susah mahupun senang.

“Saya harap tahun 2021 membawa satu peluang yang meluas buat saya melebarkan sayap perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat lain di luar sana,” katanya.

Pernah jatuh ketika kehilangan anak keduanya namun dengan semangat daripada suami dan anak-anak, wanita berani ini terus bangkit dalam meneruskan kehidupannya serta berusaha mencuba sehabis baik dalam perniagaannya sekarang.

Wanita berani berkelulusan Diploma Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya (UM) itu mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah dengan ‘Miz Bite’s Delight’ seterusnya mula menghasilkan produk masakan seperti pes nasi goreng, sambal balado dan banyak lagi.

Mazzaton Miza bermula dengan mengikuti satu kelas memasak secara dalam talian dan kemudian mencuba nasib dengan mengambil tempahan melalui laman media sosial Facebook miliknya dan tidak menyangka selepas itu, dia mula menerima tempahan sehingga ke hari ini.

“Bengkel yang dijalankan pihak MAGGI® banyak memberi ilmu serta idea kreatif kepada saya dalam menambah baik perniagaan sedia ada menjadi lebih baik dan berjaya di masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, perniagaan secara kecil-kecilan itulah yang banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang berani dan yakin.

“Saya menggunakan sistem penghantaran rumah ke rumah dan itu juga merupakan pengalaman bagi saya kerana sebelum ini sudah terbiasa dengan suami, namun sekarang saya sudah berdikari dan berani membuat penghantaran sendiri tanpa bantuan suami lagi,” katanya.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® adalah salah satu komponen dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® iaitu sebuah program nasional yang dianjurkan hasil kolaborasi bersama Women Will oleh Google Malaysia dan telah disertai seramai 905 wanita dari seluruh Malaysia.

Peserta-peserta bengkel yang terpilih akan menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih menerima bimbingan secara peribadi oleh usahawan dan personaliti yang berjaya antaranya Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.

“Menjadi mentee kepada Datin Paduka Eina Azman adalah harapan saya sepanjang mengikuti bengkel tersebut dan sememangnya beliau adalah ikon inspirasi buat saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.