Ustaz mengaku tidak bersalah cabul dua pesakit wanita - Utusan Malaysia

Ustaz mengaku tidak bersalah cabul dua pesakit wanita

RULAM AKBAL Abd. Manan (kiri) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mencabul pesakit wanitanya di Mahkamah Majistret Marang di Marang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pengamal perubatan Islam bergelar ustaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul dua pesakit wanitanya yang masing-masing berusia 25 dan 31 tahun.

Tertuduh, Rulam Akbal Abd. Manan, 52, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada lapan anak itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 31 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita tersebut di sebuah rumah di Kampung Tapah, Kuala Berang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 November lalu, kira-kira pukul 8.30 malam. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di Kampung Pasir Putih di Tepoh, Kuala Terengganu pada 24 November 2020, kira-kira pukul 2.30 petang.

Pertuduhan ketiga pula, Rulam Akbal didakwa mencabul pesakit wanita lain yang berusia 25 tahun di sebuah rumah di Kampung Gaung, Kuala Berang pada 9 September 2018, pukul 2 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M. Lishantini.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 untuk kesemua pertuduhan dan kes akan disebut semula pada 22 Februari 2021. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya