Tun M, Siti Hasmah tiba di Masjid Ar-Rahah - Utusan Malaysia

Tun M, Siti Hasmah tiba di Masjid Ar-Rahah

DR. Mahathir Mohamad (kanan) dilihat berbual-bual bersama Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Masjid Ar-Rahah di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Masjid Ar-Rahah kira-kira 9.03 pagi tadi.

Beliau hadir bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bagi menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah.

KENDERAAN yang dinaiki Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memasuki pekarangan Masjid Ar-Rahah di sini. -UTUSAN/OMAR ZIN

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahah selepas solat Zuhur dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah meninggal dunia kira-kira 5 petang semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court pada usia 87 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya