Tiga pemimpin PH menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Tiga pemimpin PH menghadap Sultan Perak

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk menerima menghadap tiga pengerusi parti yang mewakili Pakatan Harapan (PH) esok berikutan kemelut politik di negeri ini.

Mereka ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Ketiga-tiga pemimpin parti itu dijadual menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pada pukul 11 pagi esok.

Terdahulu hari ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak berikutan keputusan usul undi percaya terhadap beliau yang diputuskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Turut menghadap Sultan Nazrin hari ini ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Ketiga-tiga mereka menaiki kenderaan berasingan untuk menghadap Sultan Perak.

Terdahulu dalam sidang DUN hari ini, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya