Tiada pesakit positif ditempatkan di First World, saringan dilakukan Jabatan Kesihatan - Utusan Malaysia

Tiada pesakit positif ditempatkan di First World, saringan dilakukan Jabatan Kesihatan

ANTARA dakwaan yang tular di laman media sosial berhubung kes jangkitan Covid-19 di Genting Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial menyatakan individu positif Covid-19 diletakkan di Hotel First World di Genting Highlands.

Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, berita itu tidak benar malah ujian saringan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan bukannya oleh pihak Genting.

“Mana-mana individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan ditetapkan manakala yang tidak positif diletakkan di Hotel First World.

“Jadi tidak timbul isu seperti yang ditularkan di media sosial pada masa ini yang menyatakan individu positif diletakkan di Hotel First World,” katanya di sini hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial mendakwa saringan kes Covid-19 di Genting Highlands dilakukan pihak swasta dan diletakkan di Hotel First World.

Susulan itu juga dakwaan yang tular menyatakan pihak polis telah bertindak naik ke kawasan berkenaan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zairasyahli berkata, pihak polis telah lama berada di kawasan berkenaan bagi mengawal susulan penularan kes Covid-19.

Katanya, kawalan ketat dilakukan selepas beberapa kawasan di Genting Highlands dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya