Tiada kejadian banjir di Johor - Utusan Malaysia

Tiada kejadian banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Meskipun hujan melanda di beberapa kawasan di negeri ini, namun sehingga kini tiada kejadian banjir yang berlaku pada setakat ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor memaklumkan, pihaknya tidak menerima panggilan dan aduan berhubung kejadian sehingga pukul 4 petang ini.

“Buat masa ni tiada berlaku banjir di antara daerah Johor. Namun APM sentiasa melakukan persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia semalam hari ini memberi amaran waspada hujan lebat di beberapa kawasan seperti Mersing dan Kota Tinggi sehingga Ahad ini.

Pada Isnin lalu, beberapa kawasan seperti Kota Tinggi dan Pontian dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk sekitar dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS).

Bulan lalu, beberapa lokasi di negeri ini antaranya Johor Bahru dan Pontian dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS yang dibuka sejurus kejadian itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya