Tiada aduan kenaikan harga bawang India di NS - Utusan Malaysia

Tiada aduan kenaikan harga bawang India di NS

S. VEERAPAN (dua,kiri) dan Ain Arjuna pada perasmian Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan tidak menerima aduan daripada pengguna walaupun berlaku kenaikan mendadak harga bawang India di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, peningkatan harga bawang jenis tersebut dikesan sejak September lalu dan difahamkan ia berpunca daripada larangan eksport dikenakan India.

“Kami tidak menerima aduan daripada pengguna berkaitan kekurangan bekalan bawang atau pun kenaikan harga tidak munasabah oleh penjual.

“Di negeri ini, turut menerima kesan berikutan situasi harga dan bekalan bawang India yang sedang melanda di seluruh negara. Justeru, pihak kami sentiasa memantau dan memastikan bekalan dan harga bawang di negeri ini sentiasa mencukupi dan berada pada paras harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.

Bagaimanapun, menurut beliau, berdasarkan rekod, KPDNHEP di negeri ini telah mengemukakan dua notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Notis itu dikenakan kepada pengimport bawang di Seremban manakala satu lagi kepada peruncit di Port Dickson.

“Peniaga perlu memberikan makluman balas terhadap notis yang dikemukakan dan siasatan lanjut akan dilakukan Unit Anti Pencatutan KPDNHEP Negeri Sembilan.

“Selain itu, 12 notis mudah turut dikemukakan kepada rantaian perniagaan seperti peruncit dan pemborong bagi mendapatkan maklumat harga bawang,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, KPDNHEP Negeri Sembilan memaklumkan, bekalan keperluan asas terutamanya barangan mentah dijamin mencukupi terutama bagi menampung keperluan sepanjang perayaan Krismas.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya