KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menambahkan ciri-ciri keselamatan baharu pada MyKad dengan menetapkan sistem biometrik modaliti pelbagai iaitu menggabungkan pelbagai elemen seperti cap jari, paras wajah dan juga iris mata bagi menyukarkan mana-mana pihak ‘mencuri’ identiti seseorang. Pensyarah Kanan Jabatan Kepintaran Buatan (AI), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM), Dr. Aznul Qalid Md. Sabri berkata, langkah itu antara lain dilihat sebagai usaha bagi mengatasi masalah pemalsuan Mykad oleh…