Tahun Melawat Kenyir 2021: Ketengah sasar 50,000 pelancong domestik

Tahun Melawat Kenyir 2021: Ketengah sasar 50,000 pelancong domestik

RAZALI Idris (berdiri, lima dari kanan) bersama sebahagian penerima bantuan Program PPP dan PPU di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu hari ini. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyasarkan kedatangan 50,000 pelancong domestik setiap bulan bersempena Tahun Melawat Kenyir 2021. 

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai selepas siri promosi diadakan sejak beberapa minggu lalu. 

“Saya dapat maklumat daripada pengusaha pelancongan yang tempahan rumah bot di Tasik Kenyir penuh sehingga tahun depan melepasi sasaran mereka. 

“Tahun Melawat Kenyir 2021 dirangka secara sistematik dengan setiap bulan kita mengadakan pelbagai program mengikut kesesuaian cuaca di negeri ini dan ini menjadi tarikan kepada pelancong,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas program turun padang di Kampung Padang Pulut di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. 

Terdahulu, Razali turut menyampaikan bantuan peralatan kepada 23 peserta Program Peningkatan Pendapatan Penduduk (PPP) dan Program Pembangunan Usahawan (PPU) dengan peruntukan lebih RM271,000.

Di samping itu, sebanyak RM39,000 turut diagihkan kepada 130 keluarga yang terjejas banjir di Ketengah Jaya dan Bukit Besi dengan setiap keluarga menerima bantuan RM300.

Dalam pada itu Razali berkata, kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir sangat menggalakkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat di beberapa negeri. 

“Sebelum ini Tasik Kenyir dilawati orang ramai pada hujung minggu, tetapi kini hampir setiap hari penuh dengan kemasukan hampir 40,000 pelancong sebulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya