Suspek disyaki bunuh pengutip barangan lusuh ditahan - Utusan Malaysia

Suspek disyaki bunuh pengutip barangan lusuh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang pengutip barangan lusuh yang ditemukan mati dengan kesan luka pada bahagian tengkuk dan leher di Sungai Ketil di sini semalam.

Suspek berumur 40 tahun itu ditahan di Kuala Ketil di sini semalam untuk membantu siasatan kematian mangsa terbabit, G. Sivaguru, 32.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan terhadap kes itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bedah siasat ke atas mayat itu mendapati ada tiga kesan luka di tengkuk serta satu di leher dan polis mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh,” katanya di sini hari ini.

Syed Basri berkata, polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman suspek itu selama tujuh hari bermula hari ini.

Sivaguru dari Taman Orkid, Kuala Ketil dilaporkan hilang pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui di dalam sungai itu pada pukul 10 pagi semalam.

Mayat mangsa dipercayai dibuang ke dalam sungai itu selepas dibunuh di tempat pembuangan sampah berhadapan sebuah stesen minyak di pekan Kuala Ketil, Selasa lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.