Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM9.8 juta - Utusan Malaysia

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM9.8 juta

SULTAN Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima zakat perniagaan daripada Mohamed Faroz (dua kanan) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor hari ini-IHSAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9.8 juta daripada lima buah syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

LZS dalam kenyataannya berkata, majlis penyerahan zakat itu didahului Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Hashimi Abdul Manap dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM3.5 juta.

Menurut kenyataan itu, penyerahan seterusnya ialah daripada SIRIM Berhad (SIRIM) yang diwakili pengerusinya, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dengan menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM2.28 juta.

“Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) diwakili Pengarah Urusan, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel  iaitu serahan zakat perniagaan RM1.25 juta, diikuti QSR Brands (M) Holdings Berhad (QSR Brands) diwakili Ketua Pegawai Kewangan, Razak Nordin RM1.7 juta dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) RM1.11 juta yang diwakili pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berjumlah RM1.11 juta.

“Gas Malaysia dan Jakel menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 manakala selebihnya adalah pada 2019,” kata kenyataan itu.

Yang turut hadir, Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya