PM bertemu pemimpin Bersatu - Utusan Malaysia

PM bertemu pemimpin Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau, petang ini.

Difahamkan, pertemuan itu bagi membincangkan isu kedudukan Menteri Besar Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya pagi tadi. 

Bagaimanapun, kepemimpinan Bersatu bakal mengeluarkan kenyataan berhubung intipati pertemuan itu dalam masa terdekat. 

“Ya (ada pertemuan dengan PM). Kami keluarkan kenyataan nanti,” kata sumber kepada Utusan Malaysia.

Mesyuarat yang dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi Bersatu termasuk barisan menteri Kabinet dalam kalangan parti itu berakhir selepas ia berlangsung kira-kira sejam. 

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hari ini hanya memperoleh 10 sokongan berbanding 48 undi yang menolak usul percaya dalam undian 59 ADUN manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya