PH tidak gentar gabungan besar baharu politik - Utusan Malaysia

PH tidak gentar gabungan besar baharu politik

HASSAN Karim (empat dari kiri) menyerahkan bantuan kerusi dan meja kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Kuala Masai, Mah Tok di Balai Raya Kampung Orang Asli Kuala Masai, Pasir Gudang. - UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Pakatan Harapan (PH) tidak gentar cadangan pembentukan gabungan besar melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, hal ini kerana gabungan baharu itu nanti hanya berteraskan Melayu dan Islam sahaja tidak seperti PH yang berkongsi kuasa secara saksama dalam membela nasib semua rakyat.

Beliau berkata, perkongsian kuasa secara adil yang dilakukan PH perlu terus dipraktikkan jika negara ini mahu terus maju dan bukannya amalan politik tidak sihat yang dimonopoli satu kaum sahaja.

“PH sudah ada arah tuju politik tersendiri dengan gabungan parti sedia ada yang membela nasib semua rakyat termasuk golongan minoriti supaya semua rakyat mendapat keadilan dan hak masing-masing.

“Ini berbeza dengan gabungan baharu yang mahu diwujudkan itu. Negara kita berbilang bangsa tidak boleh tumpu satu kaum, ini tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan di Balai Raya Kampung Orang Asli Kuala Masai di sini semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan gabungan politik baharu itu bertujuan mewujudkan kestabilan politik yang kukuh selain mencerminkan keupayaan untuk terus mentadbir negara.

Dalam pada itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat tujuan penubuhan gabungan politik baharu itu perlu mempunyai matlamat yang jelas kerana negara tidak memerlukan penubuhan gabungan atas gabungan politik lain.

Hassan berkata, gabungan politik baharu itu akan berdepan masalah semasa PRU-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi di mana UMNO, Pas dan Bersatu yang akan berebut kawasan sesama sendiri.

Jelasnya, perkara itu tidak timbul dengan PH yang sudah setuju dengan kawasan masing-masing dan pembangkang tidak akan memainkan isu perkauman dan agama atau politik wang untuk menarik sokongan rakyat.

“Sebenarnya hasrat penubuhan gabungan politik baharu itu adalah kerana PN sedar kerajaan sekarang adalah kerajaan yang tidak sah kerana tidak mendapat daripada mandat rakyat.

“Parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah pada PRU-14 adalah PH. PN sekarang bergabung membentuk kerajaan selepas PH dijatuhkan, jadi mereka sedar PN tidak ada mandat rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.