Penjual keropok lekor dipenjara cederakan polis - Utusan Malaysia

Penjual keropok lekor dipenjara cederakan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penjual keropok lekor dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kajang selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan termasuk mencederakan polis, Isnin lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Samsuri Elias, 44, didakwa dengan sengaja tidak memberikan kerjasama kepada anggota polis Raja Mohd. Ali Omar Akasyah Raja Sulaiman dalam menjalankan fungsi jawatannya.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan  Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-dua sekali.

Tertuduh juga didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis Mohd. Haslizan Hashim dan dituduh mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 11.30 malam, 30 November lalu di tempat letak kereta di Taman Sri Reko di sini pukul 11.30 malam pada 30 November lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badan kira-kira pukul 3.30 pagi, 7 Disember 2018 di di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama dibaca bersama Seksyen 38B akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan diletakan bawah pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun atau maksimum tiga tahun.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan berjalan secara serentak. 

Bagi pertuduhan ketiga, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan diperintahkan berjalan selepas hukuman bagi pertuduhan terdahulu selesai.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian beberapa anggota polis yang sedang melakukan rondaan telah ternampak kereta yang dinaiki tertuduh jenis Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta di Jalan Sri Reko.

Ketika anggota polis berhenti untuk melakukan pemeriksaan terhadap kereta itu, tertuduh enggan memberikan kerjasama yang kemudian secara tiba-tiba bertindak melarikan diri sehingga melanggar salah seorang anggota polis dan mengakibatkan kecederaan. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya