Penjaja kecewa rayuan tangguh perobohan gerai tidak didengari - Utusan Malaysia

Penjaja kecewa rayuan tangguh perobohan gerai tidak didengari

SEBAHAGIAN peniaga yang kecewa dan sedih apabila Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya melakukan kerja-kerja perobohan gerai peniaga ketika operasi MBSA di sekitar Taman Puchong Permai di sini hari ini. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Menteri Besar Selangor balas surat rayuan kami untuk menangguhkan perobohan gerai dan pada masa sama kita minta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengadakan perbincangan tetapi sampai sekarang tiada.” 

Itu luahan kekecewaan yang dizahirkan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Puchong, Datuk Ismail Awang bersama 43 penjaja MPSJ merobohkan gerai makanan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu di Puchong Permai, di sini pagi tadi. 

Ismail berkata, dia kecewa susulan tindakan Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan, yang enggan bersemuka dengan semua penjaja di kawasan itu berhubung isu perobohan gerai makan yang menjadi kawasan utama untuk penjaja mencari pendapatan. 

“Menteri Besar, Amiruddin Shari telah mengeluarkan surat meminta untuk membuat susulan dengan pihak MBSJ tetapi sehingga hari ini tiada sebarang perbincangan dilakukan dan akhirnya, notis tidak pun diberikan dan terus sahaja merobohkan gerai makan kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sekitar pukul lapan pagi tadi, lebih 100 anggota penguatkuasa termasuk MBSJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam operasi perobohan gerai-gerai makan di Puchong Permai.

Operasi perobohan menjadi tegang apabila sekumpulan penjaja melakukan demonstrasi malah ada yang bergelut dengan penguatkuasa bagi menghalang operasi itu daripada diteruskan bagaimanapun, usaha para penjaja tidak berjaya apabila pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan sehingga semua gerai dirobohkan sepenuhnya.

Beberapa penjaja dilihat memegang sepanduk dan poster bertulis: “MBSJ warga emas hilang pendapatan, MBSJ tangguh dulu perobohan ibu tunggal berniaga dan MBSJ jangan bertindak zalim semasa Covid-19.”

Dalam pada itu, Ismail menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Sitti Mariah Mahmud yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sebagai bersikap ‘lepas tangan’ pada saat wakil rakyat yang lain membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

“Kami cuma nampak hanyalah Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang membantu kami, memberi pelbagai cadangan dan sebagainya walhal Dr. Sitti Mariah sendiri tidak kelihatan seolah-olah beliau enggan melayani kami dan tidak mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya