Pelan pemulihan Sungai Kim-Kim RM500,000 - Utusan Malaysia

Pelan pemulihan Sungai Kim-Kim RM500,000

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 bagi pelan rehabilitasi atau pemulihan Sungai Kim-Kim dan dijangka bermula tahun depan.

Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, langkah itu bagi memulihkan sungai tersebut yang dikategorikan sebagai amat tercemar.

“Pelan rehabilitasi Sungai Kim-Kim antara lain membabitkan pembangunan pelan taman eko, program kesedaran awam kepada komuniti setempat dan pelajar sekolah serta aspek kesihatan dan panduan kecemasan sekiranya berlaku bencana.

“Peruntukan itu akan disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan membabitkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selain empat universiti tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya