Pedofilia dalam komuniti Orang Asli membimbangkan - Utusan Malaysia

Pedofilia dalam komuniti Orang Asli membimbangkan

LILA RUZAINI MOHD HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan berlakunya jenayah pedofilia dalam kalangan Orang Asli di negara ini yang dilihat semakin membimbangkan.

Bagaimanapun Presiden Helping Shoulder, Lila Ruzaini Mohd. Hussin berkata, pihaknya tiada maklumat terperinci atau data terkumpul berkenaan pedofilia membabitkan Orang Asli kerana kebanyakan kes pedofilia tidak dilaporkan.

“Hanya beberapa kes sahaja yang diketahui tetapi untuk kadar kes yang tidak diketahui pula saya tidak dapat pastikan, tetapi saya menjangkakan jauh lebih tinggi.

“Saya juga melihat kadar kes ini lebih tinggi di kawasan jauh pedalaman kerana pemahaman dan pendedahan terhadap pedofilia kurang. Mereka melakukannya macam ‘biasa’ sahaja. Ini berbeza dengan keadaan di dalam komuniti lain,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mendedahkan, perkara tersebut berikutan kesedaran jenayah pedofilia di negara ini masih kurang malah menyifatkannya sebagai ‘tabu’ dalam kalangan masyarakat dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Malah, secara keseluruhan kes yang berlaku di negara ini, ada yang menarik semula laporan berikutan konflik keluarga yang tidak mahu membesar-besarkan perkara tersebut sekali gus menyukarkan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

Pedofilia merupakan penyakit mental iaitu keinginan seseorang melampiaskan nafsu seksual dengan kanak-kanak secara berterusan selama minimum enam bulan. Walaupun seseorang itu hanya mempunyai keinginan, berkhayal, berfantasi, membayangkan seksual terhadap kanak-kanak tanpa menyentuh mereka, ia dianggap sebagai pedofilia.

Ogos lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berdasarkan rekod enam bulan pertama tahun ini, sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan. Kes rogol mencatat jumlah paling tinggi dengan 651 kes; cabul (344 kes), sumbang mahram (106 kes), luar tabii (106 kes) dan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) sebanyak 514 kes.

Menerusi data tersebut mendapati terdapat tiga kes pedofilia dilaporkan dalam sehari secara keseluruhan di negara ini.

Lila menyorot lawatan dan kempen kesedaran Perangi Pedofilia yang dianjurkannya dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Negeri Sembilan di Kampung Jeram Kedah, Negeri Sembilan, Julai tahun lalu.

Dalam kempen tersebut, Lila berceramah dengan lebih 50 orang penduduk Orang Asli dan berkongsi pengetahuan serta kesedaran berkenaan pedofilia yang tanpa mereka sedari sudah wujud dalam komuniti berkenaan.

Jelasnya, selepas pertemuan itu, ia membuka jalan kepada lebih 20 orang asli mendedahkan bahawa isu pedofilio benar-benar berlaku melibatkan ahli keluarga seperti ayah, adik-beradik dan juga sepupu.

“Dalam kes ini, jika pihak berwajib tidak turun padang untuk berjumpa, sampai bila pun ia tidak akan berakhir. Sebab mangsa hanya akan mengadu apabila mangsa berasa selesa dengan individu tersebut.

“Sebab itulah saya menggunakan kaedah ceramah dan seminar untuk memasikannya menarik agar masyarakat datang kepada saya dan saya di sini adalah untuk membantu mereka,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.