Paip pecah: 130 kawasan terlibat gangguan bekalan air - Utusan Malaysia

Paip pecah: 130 kawasan terlibat gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 130 kawasan mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di sini bermula 1 petang ini.

Gangguan air tidak berjadual itu melibatkan kawasan Klang, Shah Alam dan Petaling.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya menjelaskan, bekalan air akan ditutup bagi memastikan kelancaran kerja pembaikan paip tersebut.

“Kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada pukul 9 malam ini dan bekalan air akan mula disalurkan selepas selesai dilaksanakan.

“Penutupan ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Petaling,” katanya.

Tambah Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan itu. Selain itu, pengguna perlu menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN