Operasi SAR nelayan jatuh bot disambung esok - Utusan Malaysia

Operasi SAR nelayan jatuh bot disambung esok

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh dari bot selepas terlanggar sebuah boya berhampiran Jeti Swettenham Pier, Georgetown, Pulau Pinang semalam disambung esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot berhampiran Jeti Swettenham Pier, di sini semalam akan disambung pagi esok.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi SAR esok akan diteruskan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan.

“Kawasan pencarian dibahagikan kepada beberapa kawasan yang tertumpu di sekitar lokasi mangsa dikatakan terjatuh dan di kawasan persekitaran pantai dengan radius sehingga dua kilometer.

“Operasi pencarian hari ini ditangguhkan pukul 6 petang tadi disebabkan faktor cuaca dan keadaan laut bergelora,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Mangsa, Khairul Azhar Mohammad, 32, yang berasal dari Kuala Kedah, Kedah dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya terlanggar sebuah boya kira-kira pukul 2 petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.