Nama syarikat daging diumum selepas pendakwaan di mahkamah - Utusan Malaysia

Nama syarikat daging diumum selepas pendakwaan di mahkamah

ROSOL Wahid menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Menerong di Ajil, Hulu Terengganu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Nama syarikat daging sejuk beku yang memalsukan logo halal akan tetap diumumkan selepas proses pendakwaan terhadapnya dibuat dalam masa terdekat. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, buat masa ini maklumat mengenainya tidak dapat didedahkan kepada umum kerana tidak mahu menganggu siasatan.

“Saya difahamkan minggu depan kes ini akan dibawa ke mahkamah dan selepas proses itu kita akan mengumumkan nama syarikat tersebut. 

“Kita dinasihatkan supaya tidak mendedahkan dahulu sebab masih dalam siasatan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Menerong di Ajil di sini hari ini. 

Rosol berkata, setakat ini hanya satu syarikat sahaja yang difahamkan dikenakan tindakan berhubung kesalahan itu. 

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengetuai serbuan melibatkan sebuah syarikat yang menyeludup daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan dengan logo halal palsu.

Berdasarkan siasatan awal, daging sejuk beku yang diseludup masuk itu datang dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya