Maritim Malaysia rampas 29 bubu naga - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas 29 bubu naga

Anggota Maritim Malaysia menemukan 29 bubu naga yang diharamkan penggunaannya di perairan Pulau Pasir Hitam, Trong, dekat Taiping Sabtu lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak merampas 29 set bubu naga di kedudukan 5.4 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam, dekat Trong, kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, terdahulu bot Petir 80 yang sedang menjalankan tugas rondaan dan penguatkuasaan kira-kira pukul 5.30 petang, mengesan sesuatu mencurigakan pada permukaan air dan mendapati penanda bubu naga yang dipasang secara haram.

“Anggota Petir 80 bertindak merampas 29 set bubu naga itu di atas kesalahan melanggar syarat penggunaan pelaratan menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, peralatan bubu naga tersebut telah dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu Lumut di sini bagi siasatan lanjut.

Shahrizan mengingatkan komuniti maritim, khususnya nelayan pesisir pantai bahawa penggunaan peralataan bubu naga adalah satu kesalahan dan berpotensi memusnahkan biodiversiti marin di perairan Perak.

Pada masa sama, beliau meminta komuniti maritim untuk bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan pencerobohan nelayan asing, pendatang asing tanpa izin serta lain-lain kegiatan jenayah yang dikesan berlaku dalam perairan Perak kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau National Task Force di talian 011-6251 1123.
sham
“Komuniti maritim negeri Perak juga dinasihatkan agar memastikan bot sentiasa dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan sesuatu aktiviti di laut dan jika mengalami kecemasan segera hubungi MRSC Langkawi 04-9660537 atau MERS 999,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN