Malaysia selamat daripada varian baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Malaysia selamat daripada varian baharu Covid-19

ADHAM menurunkan tandatangan pada plak perasmian Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.- UTUSAN/NORADILA MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan belum menerima sebarang laporan mengenai varian baharu Covid-19 dari United Kingdom (UK) yang didakwa lebih mudah merebak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, negara masih lagi tidak membuka sempadan secara sepenuhnya dalam usaha mengekang penularan pandemik itu atau sebarang virus lain yang mengancam kesihatan rakyat.

“Kita akan mengawal sempadan dan belum buka sepenuhnya kerana bimbang kes-kes luar negara seperti yang berlaku di England sehingga beberapa negara menyekat penerbangan dari UK.

“Setakat ini tiada laporan di Malaysia tetapi jika ada kita akan buat seperti kluster Sivagangga oleh itu kawalan sempadan amat penting untuk diberi keutamaan pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak.

Jangkitan varian baharu coronavirus menyebabkan sekatan Covid-19 diperketatkan di beberapa bahagian di UK termasuk England, Scotland dan Wales.

Kerajaan Britain menyifatkan jangkitan varian baharu yang diberi nama VUI 202012/01 itu lebih mudah berjangkit berbanding varian terdahulu.

Selain itu, pakar memaklumkan virus sering menjalani proses mutasi sepanjang masa dan keadaan itu menjadi antara faktor kewujudan varian baharu dalam Covid-19.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya