KUALA LUMPUR: Tindakan melompat parti dalam kalangan pemimpin politik kerana menjaga kepentingan negara dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat, bukan satu kesalahan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin berkata, sebagai seorang ahli yang pernah dipecat, para pemimpin lain harus berani bersuara demi kebenaran. “Pemimpin bukannya maksum namun pemimpin ada kuasa untuk mengubah demi kebaikan. Saya lihat kalau kepentingan peribadi lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dan negara, saya tidak…