Lari sehelai sepinggang, rumah hangus - Utusan Malaysia

Lari sehelai sepinggang, rumah hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penghuni yang tinggal di sebuah rumah papan satu tingkat di Jalan Dato Keramat di sini terpaksa melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kebakaran tersebut.

Pegawai Operasi dari Balai Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, sebaik sahaja pihaknya tiba di lokasi kejadian, kebakaran berlaku membabitkan sebuah rumah Kelas C yang terletak berdekatan kediaman dua tingkat dan bangunan empat tingkat.

“Api marak dengan cepat ke seluruh bahagian kediaman yang diperbuat daripada papan dan keadaan angin juga kuat.

“Mangsa dikatakan berlari sehelai sepinggang dan tidak sempat membawa keluar barangan yang lain. Pasukan bomba juga berdepan kesukaran kerana jarak antara rumah itu terlalu dekat dengan lima unit kediaman di hadapannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya berjaya mengawal api dalam tempoh lapan minit dan memadam keseluruhannya pada pukul 1.08 minit petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya