KTS tawar perkhidmatan jururawat ke rumah pesakit - Utusan Malaysia

KTS tawar perkhidmatan jururawat ke rumah pesakit

Alias menampal pelekat pada sebuah kereta yang digunakan dalam perkhidmatan Homecare Services di pekarangan Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) di Kuala Terengganu hari ini. -UTUSAN/Puqtra Hairry Rosli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) muncul hospital swasta pertama di Terengganu  yang menawarkan perkhidmatan penjagaan ke rumah pesakit. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, menerusi perkhidmatan KTSH Homecare Services itu, pesakit berpeluang menikmati pakej penjagaan sama ada harian, mingguan atau bulanan yang ditawarkan. 

Katanya, lebih 10 jururawat dan dua kenderaan KTSH digunakan bagi melancarkan program berkenaan.

“Rawatan yang bermula serendah RM60 itu merangkumi konsultasi pakar, fisioterapi, farmasi, dietetik dan nutrisi di samping perkhidmatan ambulans melibatkan kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan KTSH Homecare Services di lobi hospital itu hari ini.

Setakat November lalu, kira-kira 700 pelanggan menikmati manfaat Homecare Services itu sejak perkhidmatan tersebut diperkenalkan pada hujung 2019.

Perkhidmatan itu bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan KTSH, bahkan anak Terengganu yang berada di perantauan turut meminta pihak hospital memantau atau merawat ibu bapa mereka di kampung kerana kekangan untuk pulang sepanjang tempoh pandemik ini.

Di samping itu, KTSH turut bercadang untuk memperluaskan radius kawasan perkhidmatan dan menambah kakitangan bagi menjayakan perkhidmatan itu dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan pelanggan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya