Kerjasama dengan UMNO mesti atas nama gabungan PH - Utusan Malaysia

Kerjasama dengan UMNO mesti atas nama gabungan PH

ASMUNI AWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Amanah Perak mengalu-alukan kesediaan UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, namun kerjasama itu mesti dibuat atas gabungan PH, bukan hanya dengan PKR dan Amanah.

“Kalau betul begitu, sangat dialu-alukan. Satu pendirian yang berani oleh UMNO, sesuai dengan arus politik semasa di Malaysia yang menolak politik perkauman dan ekstremis agama.

“Amanah dan PH secara enblock menyambut baik cadangan tersebut dan bersedia untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang kuat dan stabil di Perak demi untuk kepentingan rakyat yang telah cukup menderita akibat pandemik Covid-19,” katanya menerusi pesanan aplikasi Whatsapp kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, dua lagi pemimpinan PH Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH termasuk DAP untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Menurut Ahmad Zahid, ini berikutan keputusan Pas dan Bersatu yang tidak menyokong pembentukan kerajaan baharu di Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal meraih sokongan majoriti daripada ahli DUN dalam usul undi percaya terhadap beliau sebagai menteri besar kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya