Kembali ke meja rundingan - Pas - Utusan Malaysia

Kembali ke meja rundingan – Pas

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas mengajak semua komponen Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya terutama Barisan Nasional (BN) dan UMNO kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Ketua Pemudanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, Pas sentiasa berpegang pada ketetapan mahu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO dan mempertahankan PN.

“Kita jaga kunci muafakat ini sebaik mungkin. Prinsip kita jelas perkukuh MN dan pertahan PN. Sekiranya ada isu kita akan kembali ke meja rundingan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Kemelut politik di Perak masih buntu apabila tiada pihak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada pukul 3 petang kelmarin (Selasa) membatalkannya, selepas dikatakan mendapat arahan pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) partinya tidak mengadap Sultan Nazrin seperti dijadualkan adalah kerana PAS tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan Titah Diraja.

Isnin lalu, UMNO dan BN Kelantan mengumumkan mungkin membuat keputusan drastik meletak calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, BN dan PN perlu bersatu demi rakyat berikutan tiada kekusutan yang tidak boleh diselesaikan.

Kenyataan itu mungkin boleh dijadikan gambaran bahawa situasi tegang pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu akan selesai tidak lama lagi kerana semua pihak dilihat sudah mula mempamerkan toleransi.

“Semua agama dan ketamadunan menganjurkan konsultasi atau musyawarah. Tiada kusut yang tak boleh dirungkai. Carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Pemimpin adalah cerminan rakyatnya. Bersatulah BN, PN demi rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya