Keluar beli makanan, rumah Ustaz Azhar masuk air - Utusan Malaysia

Keluar beli makanan, rumah Ustaz Azhar masuk air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berserta ribut petir turut menjejaskan kediaman dua tingkat penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, 56, di Jalan Pusara di sini yang dinaiki air sehingga paras lutut, semalam.

Azhar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia keluar membeli makanan di kedai berhampiran.

“Barang-barang sudah diangkat dan diletakkan di atas meja,” katanya seperti dipetik dalam Facebook Live TV Darul Iman di sini.

Banjir turut menyebabkan tiga motosikal milik penceramah itu ditenggelami air kerana tidak sempat diselamatkan.

Selain itu Utusan Malaysia difahamkan kitab-kitab dan komputer beliau turut terjejas dalam musibah itu.

Kawasan taman perumahan yang dihuni Azhar antara lokasi berisiko banjir jika hujan lebat dengan kali terakhir berlaku pada 2018.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.