JPJ P.Pinang, Perlis perintis transaksi tanpa tunai - Utusan Malaysia

JPJ P.Pinang, Perlis perintis transaksi tanpa tunai

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban, Georgetown, Pulau Pinang menjadi perintis kepada kempen tanpa tunai bagi perkhidmatan di jabatan itu sebelum diperluas ke seluruh negara.Gambar IHSAN JPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban di sini dan JPJ Perlis menjadi perintis dalam kempen transaksi tanpa tunai jabatan itu yang dilancarkan kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Aminurrahim Mohamed berkata, kempen dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara itu menjadikan cawangan dan ibu pejabat JPJ bahagian utara sebagai perintis sebelum diperluas ke seluruh negara.

Menurut beliau, sebanyak 99 peratus pelanggan di JPJ Batu Uban membayar secara tanpa tunai manakala lebih 91 peratus pelanggan menggunakan perkhidmatan tersebut di JPJ Perlis.

“Cawangan JPJ Pulau Pinang di Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga telah melaksanakan transaksi tanpa tunai selepas mendapat kebenaran Kementerian Kewangan.

“Kita sebolehnya mahu melaksanakan sistem transaksi tanpa tunai ini seberapa segera di seluruh cawangan JPJ di UTC di seluruh negara bermula tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aminurrahim, selain dapat meningkatkan kecekapan dan integriti dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan transaksi tanpa tunai itu juga selaras dengan kehidupan dan norma baharu pasca Covid-19.

Katanya, penggunaan sistem itu dapat mengurangkan sentuhan yang berlaku dalam transaksi tunai sekali gus meminimumkan kemungkinan penyebaran wabak.

“Kelebihan lain kempen ini termasuk memudahkan pelanggan menjejaki rekod kewangan mereka secara sistematik manakala kaedah penggunaan wang kertas seperti pemulangan baki, wang palsu, keciciran dan kecurian juga dapat dielakkan,” katanya.

Antara perkhidmatan transaksi tanpa tunai di JPJ yang boleh digunakan orang ramai termasuk pembaharuan lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pengguna hanya perlu membawa kad debit ATM atau kad kredit di mana-mana cawangan atau ibu pejabat JPJ.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.