Imunisasi pneumokokal kanak-kanak dilancar - Utusan Malaysia

Imunisasi pneumokokal kanak-kanak dilancar

Adham Baba (tengah) melakukan gimik pelancaran program imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak peringkat kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kerajaan hari ini melancarkan program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak di negara ini membabitkan peruntukan RM90 juta seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, peruntukan bagi meneruskan program berkenaan bertujuan mencegah penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae kepada pesakit berisiko terutama kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Katanya, bakteria itu menyebabkan radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang paru-paru, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah yang membawa kematian.

“Tahun lalu, terdapat 19,773 kes penyakit pneumokokal invasif yang melibatkan kanak-kanak berusia lima tahun dirawat di wad hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan dari seramai 17,446 kes pada 2017. Ini bermakna pemberian vaksin pneumokokal tepat pada masa untuk mencegah lebih ramai dijangkiti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Program Imunisasi Pneumokokal Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.