IICC muncul mercu tanda baharu bandar raya Ipoh

IICC mercu tanda baharu Ipoh

SAARANI Mohammad (tiga dari kiri) melakukan gimik perasmian Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi antara MBI, Bond Holdings dan Sycal Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di Ipoh, Perak hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kewujudan Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh atau IICC di sini diharap akan menjadi mercu tanda baharu bandar raya Ipoh sebagai pusat perkembangan ilmu dan kerjaya.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, untuk itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai agensi kerajaan yang paling dekat dengan masyarakat perlu memahami masyarakat yang semakin sofistikated dan berpengetahuan. 

Menurutnya, masyarakat memiliki jaringan lebuh raya maklumat atau information superhighway yang membolehkan mereka sentiasa tampil untuk menyuarakan keperluan dan kehendak.

“Masyarakat yang pintar dan berpengetahuan ini sangat memahami keperluan supaya Ipoh membangun seiring dengan kepesatan teknologi.

“Mereka memahami bahawa Ipoh bukan sahaja perlu menjadi bandar raya yang bersih dan selesa, tetapi juga menjadi bandar raya pintar yang dapat membantu warganya memiliki suasana kerja yang kondusif dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi di antara MBI, Bond Holdings Sdn. Bhd. dan Sycal Bhd di IICC, di sini hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings, Ong Teng Boon.

Saarani berkata, kerajaan negeri berharap MBI akan terus berusaha meneroka peluang baharu melalui kerjasama strategik.

“Perjanjian kerjasama yang dimeterai hari ini  diharap dapat menjadikan Ipoh bandar raya bertaraf antarabangsa dari pelbagai aspek sama ada pelaburan, peluang pekerjaan, kemantapan pembangunan fizikal dan kecanggihan prasarana,” katanya. 

Sementara itu, Rumaizi berkata, tujuan utama kerjasama itu ialah untuk menjayakan pengurusan IICC yang berkeluasan 28,000 kaki persegi (8,534 meter persegi) merangkumi Dewan Bankuet untuk acara makan malam tahunan, ceramah korporat, pameran perdagangan, bazar komuniti, persidangan bengkel dan lain-lain aktiviti.

Katanya, Bond Holdings akan menguruskan Bond Suites iaitu suite dengan perkhidmatan yang terunggul di Ipoh. 

“Bond Suites ini juga mempunyai pelbagai kemudahan dengan lokasinya yang strategik serta menawarkan gaya hidup bandar yang sempurna.

“Dengan lokasinya yang strategik dan kelengkapan yang lengkap sememangnya akan menjadikan Bond Suite sebagai satu pelaburan yang baik yang seterusnya memberi penjenamaan baru kepada bandar raya Ipoh,” katanya.

IICC bersama suite perkhidmatan dijangka mula beroperasi dan dibuka kepada  tempahan pada awal Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya