Hujahan pembelaan Isa Samad 24 Dis - Utusan Malaysia

Hujahan pembelaan Isa Samad 24 Dis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hujahan di akhir pembelaan kes rasuah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Samad yang didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian hotel di Sarawak akan didengar pada 24 Disember ini.

Peguam bela, Siti Sarah Khalil ketika dihubungi berkata, hujahan itu sepatutnya didengar hari ini namun ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Tarikh baharu dimaklumkan melalui emel oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som yang diterima pada 2 Disember lalu. Hujahan akan didengar oleh Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali,”katanya.

Lebih 300 muka surat hujahan bertulis telah diserahkan oleh pasukan pembelaan dan pendakwaan kepada mahkamah.

Mohd. Isa, 71, mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd., Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid Md. Arip yang merupakan bekas pegawai khas politik bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Rasuah tersebut adalah sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) oleh pada harga RM160 juta, enam tahun lalu.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Jun lepas, Mohd. Isa diperintah membela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah setelah pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Pada 3 September lalu, pihak pembelaan yang mewakili Mohd. Isa  menutup kesnya selepas memanggil enam saksi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya