Harga petrol RON95, RON97 naik 3 sen - Utusan Malaysia

Harga petrol RON95, RON97 naik 3 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada harga RM1.70 seliter dan RM2.00 seliter bagi tempoh esok sehingga 11 Disember.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.67 sen dan RM1.97.

Bagaimanapun, harga runcit diesel naik lima sen kepada RM1.90 berbanding RM1.85 seliter sebelum ini.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.