Beri saya ruang pulihkan jiwa, mental-Syed Shah Iqmal - Utusan Malaysia

Beri saya ruang pulihkan jiwa, mental-Syed Shah Iqmal

SYED Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atau lebih dikenali sebagai Dai Syed (kiri) berjalan keluar selepas diikat jamin terhadap tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul seorang penuntut kolej swasta pada 17 Oktober lalu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful memohon semua pihak memberi ruang kepadanya untuk dia memulihkan jiwa dan mentalnya selepas 18 hari direman dan didakwa atas tiga dakwaan termasuk merogol.

Syed Shah Iqmal yang dilepaskan selepas diikat jamin ditemui di pekarangan Mahkamah Petaling Jaya di sini berkata, dia berasa agak sedih dengan perkara yang menimpanya tetapi menyifatkan dugaan itu sebagai teguran Allah kepadanya.

“Sepanjang ditahan, saya termenung dan bertanya atas dugaan yang diberikan, tetapi reda dengan ketentuan yang diberikan Allah dan pada masa sama mengikuti sahaja prosedur polis dan mahkamah.

“Saya hanya berdoa kepada Allah semoga permudahkan urusan dan sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf, manakala yang terbaik pula adalah yang memaafkan. Oleh demikian, saya memaafkan mereka yang pernah mengutuk saya.

“Apa yang saya ingin lakukan selepas ini ialah meluangkan masa bersama keluarga dan makan bersama mereka. Saya hendak duduk rehat dan bertenang dahulu untuk lepaskan rindu,” katanya.

Terdahulu, Syed Shah Iqmal dilepaskan selepas semua urusan ikat jamin bernilai RM35,000 di kedua-dua mahkamah termasuk di Mahkamah Shah Alam selesai dibayar semalam.

Syed Shah Iqmal sebelum ini ditahan pada 27 November selepas seorang bekas jurujual membuat laporan polis didakwa dirogol oleh penceramah selebriti itu, namun susulan laporan polis itu, terdapat tujuh lagi mangsa tampil membuat laporan antaranya guru dan pelajar.

Namun, selepas 13 hari direman, pada 10 Disember lalu, dia dituduh atas dua tuduhan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya manakala dakwaan merogol seorang wanita di Mahkamah Shah Alam.

Sementara itu, Peguam, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya itu telah dijelaskan oleh abang, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd. Aizat Jaafar.

Menurut Syed Amirul, bayaran ikat jamin terhadap anak guamnya itu telah dibayar semalam sebelum dibawa dari Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor selepas penjaminnya tidak sempat berbuat demikian susulan pejabat ditutup.

Mengulas mengenai gelaran da’i yang dimenangi menerusi satu program realiti  televisyen swasta, Syed Shah Iqmal berkata, ia adalah sekadar gelaran sahaja dan tidak menjadi masalah sekiranya dilucutkan. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.