Banjir di Kemaman membimbangkan - Utusan Malaysia

Banjir di Kemaman membimbangkan

KANAK-kanak tidak melepaskan peluang bermain air banjir di Kampung Tempurung di Kemaman hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu terus membimbangkan apabila 5,725 mangsa daripada keseluruhan 6,532 yang terjejas akibat bencana itu membabitkan penduduk Kemaman.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 10 pagi ini, sebanyak 28 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut bagi menempatkan kesemua mangsa banjir.

Katanya, bagi daerah Hulu Terengganu jumlah mangsa mencatatkan penurunan daripada 805 orang kepada 390 orang.

“Di Dungun pula mangsa yang terjejas banjir adalah seramai 406 orang dan Setiu (11 mangsa).

“Keadaan cuaca semasa masih lagi hujan lebat bersilih ganti di beberapa daerah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Adam, paras air di beberapa sungai-sungai utama di negeri ini terus mencatatkan trend penurunan sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya