KUALA LUMPUR 2 Dis.- Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, akui kecewa dengan kenyataan yang mengatakan anaknya, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya sebagai muflis. Beliau menyifatkan kenyataan menantunya, Nour Shafinar Harun itu sebagai sesuatu yang mengaibkan. Tambah Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, apa yang menjadi persoalan kini bagaimana anaknya itu juga masih boleh berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama ini. “Tergamak dia mengaibkan anak saya,…