Akhirnya, tiga ADUN Pas menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Akhirnya, tiga ADUN Pas menghadap Sultan Perak

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini petang ini berikutan kemelut politik di Perak.

Difahamkan, ketiga-tiga ADUN Pas itu akan menghadap Sultan Perak pada pukul 4.30 petang ini.

Difahamkan, Sultan Nazrin telah memberi perkenan menerima menghadap tiga ADUN Pas itu setelah mereka memohon menghadap baginda.

Pas mempunyai tiga ADUN dalam DUN Perak iaitu Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd. Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Semalam, Pas membatalkan rancangan menghantar ADUN parti itu mengadap Sultan Perak yang sepatutnya pada pukul 3 petang.

Razman berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya